background

A confident woman. She knows what she wants and gets it. She is aware of her flaws, but she doesn’t obsess over them and instead thinks that maybe (just maybe) they actually add to her unique beauty. She is passionate. She loves life. She is comfortable in her own skin and owns her sexuality, but uses it purely for good. She does not see other women as her enemy and competes only with herself to do her best at all times and to be her best at all times. She is forthright, honest, disarmingly herself and tries to be no one else. She is having fun and she is sexy and you just want to be around her to soak up some of those good vibes. She isn’t perfect, but she doesn’t care because she is hot. And so are you.

Follow DIANE SERA...

I'M SHRINKING

Friday, February 24, 2012

Pecal Sayur & Dada Ayam Panggang


Lunch today i just makan Pecal & Dada Ayam Panggang..ni pun i beli kat kdai makan mase balik dari keje kat site sepanjang pagi td..xsempat nak masak ape2 pun tuk tapaw arini...I admit memang susah nak cari makanan yang healthy biler pegi kedai2 makan kat luar ni..but thank god ade gak satu kedai ni jual bakar2 & panggang2...banyak ulam2 jugak..rambang mate i tengok..tapi sayangnyew kedai ni jauh dari opis i, xdapatlah nak beli ari2....

So, arini i nak bagi u guys resepi simple ni...walaupun yang ni bukan i masaklah..hahhaaha...Cuma i pernah buat dish pecal & grilled chicken breast ni before2 this....

PECAL SAYUR

Bahan-bahan ( 2-3 hidangan )

  • kuah kacang:
  • 3 cawan kacang - di goreng  tanpa minyak @ bakar kemudian di kisar halus @ kasar mengikut selera
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 inci cekur
  • 1 sudu asam jawa
  • 2-3 cawan air masak @ ikut suka kelikatan masing2
  • 1/2 inci belacan (digoreng @ bakar)
  • 1 keping daun limau purut (saiz sederhana)
  • 10-15 biji cili padi
  • garam (ikut keberanian masing2 nk garam or x)
  • gula (ikut keberanian masing2 nk guna gula or x)
  • ulaman:
  • sayur2an ulam pucuk ubi, pucuk paku, kacang panjang, taugeh, timun, kangkung, kobis
  • 2-3 keping tauhu kacang soya (dipanggang)
  • 1 paket tempe (dipanggang)
  • sedikit nasi impit (kalo perlu..kalo xde nasi impit lagi bagus, save calories)

Cara-cara

  1. 1 . Gunakan 1 cawan air untuk mendapatkan air dari asam jawa.
  2. 2. masukan semua bahan membuat kuah kacang dalan blender kecuali kacang bersama air perahan asam jawa tadi.
  3. 3 . setelah hancur, masukkan dlm mangkuk yg lebih besar untuk dimasukkan kacang yg dikisar.
  4. 4 . kacau sebati. kalo likat, tambahkan lagi air sedikit demi sedikit. kuah kacang yg likat lebih mengancam kerana akan menyalut ulam2an secara keseluruhan. sambil tu, jgn lupa rasa. tambah lg gula @ garam secukup rasa (itupun kalo u guys nak letak lah) 

AYAM PANGGANG BEREMPAH

Bahan Utama:-
  • 4ketul dada ayam
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah 
  • 1 sudu besar lada hitam 
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit 
  • 3 tangkai cili merah

Cara Memasak:-
  1. Ayam dibersihkan. Toskan.
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam 
  3. Kemudian susun ayam atas griller atau loyang bakar..
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing atau boleyh bakar atas dapur macam biase...
  5. Hidangkan dengan salad or pecal..

No comments:

Post a Comment